“Undang-Undang Jen4yah? Bukan calang-calang,” Netizen ternganga Intan Najuwa dapat A subjek ‘law’

Pelakon cantik Intan Najuwa mencuri perhatian peminatnya apabila berkongsi keputusan cemerlang yang diperolehinya dalam peperiksaan akhir semester baru-baru ini.

Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 22, berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok miliknya.

foto – Media Hiburan

Dalam hantaran tersebut, pelakon bertubuh kecil molek itu telah memuat naik keputusan yang tertera keputusan ‘A’ dan ‘A-‘ bagi dua subjek iaitu Undang-Undang Jen4yah dan Undang-Undang Kontrak.

“Semua hasil tidak tidur malam berbalas. Jom mara ke semester seterusnya,” kongsi Intan dalam ruangan kapsyen.

Menerusi ruangan komen, perkongsian pelakon drama Tuan Danial itu turut mendapat pujian dan kata-kata positif dalam kalangan peminatnya turut berkongsi rasa gembira dengan kejayaan pelakon tersebut.

Malah, ramai juga yang kagum dengan keputusan yang diperolehi Intan memandangkan subjek yang diambilnya bukannya mudah.

“Undang-Undang Jen4yah? Bukan calang-calang,” komen salah seorang pengikutnya.

“Aku belajar Undang-Undang Perniagaan pun pec4h kepaIa. Belum lagi kena belajar Undang-Undang Jen4yah,” kata seorang lagi pengikutnya.

Sekadar info, Intan kini sedang mengikuti pengajian dalam jurusan Undang-Undang di kolej BAC di Singapura sejak Disember tahun lalu.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: – KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.