(VIDEO) Anak Tanya Baby Datang Dari Mana?, Shuib Pening kepala Nak Jawab

Pejam celik sudah hampir tujuh bulan bidadari pelawak Shuib Sepahtu iaitu Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pergi menghadap Ilahi.

Bagaimanapun, Shuib dilihat terus kuat meneruskan kehidupan serta membesarkan empat cahaya matanya yang masih kecil.

Baru-baru ini, Shuib ada memuat naik video di Insta Story dan dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @dinalhaz memaparkan Mateen secara tiba-tiba bertanyakan soalan diluar jangkaan sehingga pelawak itu tidak dapat menjawab persoalan anak-anaknya itu.

Menerusi video tersebut, Mateen bertanyakan kepada Shuib bagaimanapun ibunya boleh melahirkan cahaya mata dan dari mana datangnya baby.

“Daddy macam mana ibu boleh beranak? Entah-entah makanan tu jadi baby. Datang dari nasi lepas tu itu ke baby? Mateen beranak haa sudah,” kata Mateen.

Bukan itu sahaja, anak perempuan Shuib iaitu Talita turut mengatakan dia juga mengetahui bagaimana proses berkenaan.

“Dekta tahu baby datang dari bulat. Dia dalam bulat tu kan? Bulat tu perut yang masuk tu cacing baby tapi bukan orang diperbuat daripada tanah ke? Betul lah Dekta diperbuat dari cacing bukan tanah,” katanya.

Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur mendengar jawapan Mateen dan Talita. Malah, ada yang berkongsikan pengalaman sama seperti Shuib.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.