“Orang tengok Mic On! sebab saya, Jangan nak kurang ajar dengan saya”

“Jangan main-main dengan saya.”

Itu kata pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali dengan nama Diva AA berhubung isu nama digvgurkan daripada tugas mengacara program realiti, Mic On! serta-merta berkuat kuasa semalam.

foto – two.e-kesah

Jelas pemilik nama lengkap, Mohamed Azwan Ali itu, dirinya tidak terhegeh-hegeh dengan bayaran sedikit yang diberikan penyiar program berkenaan, Awesome TV.

“Mereka boleh cakap apa sahaja, dipersilakan. Allah Maha Berkuasa. Tunggu sahajalah nasib mereka, karma itu pasti datang.

“Saya tak rasa apapun, malah saya tetap kaya-raya dan disambar sana-sini oleh pihak produksi. Saya tak hairan dan tak hadap sebenarnya tawaran ‘ciput’ (sedikit). Saya buat demi peminat.

“Mereka boleh pertahankan kru dan wakil pengurusan, tapi saya juga ada prinsip hidup sendiri,” katanya.

foto – Gayah Is Typing

Dalam pada itu, Azwan, 56, memaklumkan tidak akan teragak-agak mengambil tind4kan undang-undang terhadap pihak penyiar atau penerbit disebabkan masih belum melangsaikan hutangnya yang masih tertunggak.

“Bayar hutang saya sebelum saya buat laporan p0lis. Sudahlah bayar ‘ciput’. Jangan sesekali menggelupur mempergunakan orang, saya tak hadap.

“Orang tengok Mic On! sebab saya. Jangan nak kurang ajar dengan saya. Mereka ingat mereka besar sangat nak aniaya saya.

“Ada benda kurang ajar sudah berlaku. Jangan tanya saya, tapi tanya kepada mereka apa yang sudah berlaku. Saya takkan dedahkan tapi suruh mereka keluarkan kenyataan media.

“Bila-bila masa sahaja saya boleh ke balai polis dan menggunakan khidmat peguam saya. Selagi hutang saya tak bayar jangan terkejut kalau ini jadi ke$ p0lis,” tegasnya.

foto – Mstar

Terdahulu Awesome TV dalam satu kenyataan memaklumkan Azwan digvgurkan sebagai pengacara program realiti Mic On musim kedua (Mic On 2) berkuat kuasa serta merta semalam.

Sehingga hari ini, punca sebenar Azwan digugurkan daripada program berkenaan tidak didedahkan.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen like dan share!

Sumber: – KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.