“Tunggu Sajalah Nasib Mereka, Karma Itu Pasti Ada”, Azwan Ali sedia guna khidmat peguam dan p0lis

Pengacara sensasi, Azwan Ali dilaporkan telah dihentikan tugas serta-merta dalam mengacarakan program realiti Mic On! (MO).

Ketika dihubungi, Azwan Ali memohon pemberita bertanya kepada pihak pengurusan Awesome TV mengapa mengambil keputusan drastik begitu.

Saya tak rasa apapun, malah saya tetap kaya-raya dan dis4mbar sana-sini oleh pihak produksi. Saya tak hairan dan tak hadap sebenarnya tawaran ‘ciput’ (sedikit) ini, tapi saya buat demi peminat.

Kata Azwan yang lebih popular dengan panggilan Diva AA ini, ‘mereka’ boleh berkata apa sahaja tetapi Allah Maha Berkuasa.

Tunggu sajalah nasib mereka, karma itu pasti ada.

Pengacara itu juga meminta pihak Awesome TV selesaikan hutang secepat mungkin sebelum dia membuat laporan p0lis.

Sudahlah bayar ‘ciput’. Jangan sesekali menggelupur mempergunakan orang, saya tak hadap.

Penonton tengok Mic On sebab saya. Jangan nak kurang ajar dengan saya. Mereka ingat mereka besar sangat. Mereka aniaya saya, tunggu karma yang bakal menanti.

Katanya, ada perkara kurang ajar sudah berlaku dan dia tidak akan mendedahkan perkara itu sebaliknya dia meminta pihak pengurusan Awesome TV mengeluarkan kenyataan media.

Malah, dia juga bersedia menggunakan khidmat peguam dan meminta pihak pengurusan tidak terkejvt jika ianya menjadi ke$ p0lis.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Kredit: Harian Metro

Sumber: Oh media

Leave a Reply

Your email address will not be published.