MasyaAllah Alhamdulillah Akhirnya berita yang ditunggu-tunggu, “bermula 1 April Rapatkan saf dibenarkan”

Kewajipan menunaikan solat bagi umat Islam bermula 1 April depan di masjid dan surau seluruh negara disifatkan kembali kepada fitrah asal selepas kerajaan memansuhkan penjarakan fizikal ketika melaksanakan ibadah tersebut.

foto – wartarakyat
foto – Majoriti

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aktiviti solat berjemaah di masjid atau upacara di rumah ibadat selain Islam kini boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.

foto – The Malaysian Reserve

“Ini isu besar yang diperkatakan oleh rakyat yang mahu rapatkan saf ketika solat jumaat, selepas ini imam boleh katakan rapatkan saf dan tiada lagi perlu ada penjarakan satu meter.

“Bagaimanapun, oleh kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan Agama Islam terletak dalam kuasa negeri, maka cadangan itu (tanpa penjarakan fizikal) hanya dicadangkan kerajaan pusat dan kerajaan negeri boleh menentukan keputusan itu,” katanya pada satu sidang akhbar khas di sini tadi.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: –KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.