Aaron Aziz mohon henti sebar cerita ‘Kak Long 7E’, “Kasihan anak dia nanti nak pergi sekolah malu diejek apa semua”

Pelakon Datuk Aaron Aziz memohon orang ramai supaya berhenti berkongsi dan mengec4m cerita tular tentang ‘Kak Long 7Eleven’.

Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz, 46, berkata, cerita tentang individu terbabit biarlah berlalu memandangkan dirinya sudahpun membuat permohonan maaf.

“Saya minta jasa baik netizen semua untuk henti ulang siar tentang Kak Long 7E.

“Dia pun dah minta maaf dan pasti menyesal. Kasihan anak dia nanti nak pergi sekolah malu diejek apa semua,” katanya menerusi hantaran status dalam Instagram.

Aaron yang kini sedang hangat dengan drama rantaian, Suamiku Lelaki Pend0sa, mengharapkan agar orang ramai mendoakan yang baik-baik buat individu tersebut.

“Kita doakan yang baik-baik sahajalah ya. Cerita dah habis jadi biarlah keluarga itu hidup dengan aman.

“Saya percaya dia sudah mendapat ikhtibar daripada apa yang berlaku. Jazakallahu Khairan (semoga Allah Membalasmu dengan Kebaikan).

“Tiada manusia yang sempurna. Semua orang ada sikap buruk. Maafkanlah. Itu lagi mulia daripada nak terus mengec4m,” katanya.

Selain video di kedai serbaneka berkenaan, turut tular ialah video wanita terbabit bersikap kurang ajar terhadap kakitangan restoran makanan segera.

Sejak beberapa hari lalu, tular dalam media sosial video yang memaparkan wanita tersebut bersama anaknya membuat ulasan makanan untuk sebuah restoran makanan segera pula.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen like dan share!

Sumber: – KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.