
Viral di media sosial rakaman video ‘dashcam’ memaparkan sebuah ambulan ditahan polis trafik did4kwa untuk memberi laluan kepada konvoi VIP.
Perkongsian yang dibuat pengguna Twitter @Tsgxy_ itu adalah ulangsiar video yang diambil daripada TikTok. Menerusi video berdurasi 45 saat itu, kelihatan dua orang anggota polis trafik menahan ambulan daripada meneruskan perjalanan meskipun siren kecemasan berbunyi.
Eh ambulans kena tahan lagi? 🤣 pic.twitter.com/RlbqZpifHE
— ₆⁶₆ςιδ²³₆⁶₆ Seller iPhone! (@Tsgxy_) March 6, 2022
Rakaman itu dipercayai berlaku pada 5 Mac 2022 sekitar jam 2.14 minit petang. Rata-rata daripada netizen meluahkan rasa mar4h dan mempersoalkan mengapa ambulan perlu berhenti di saat kecemasan seperti itu.
Apa-apa pun kita tunggu penjelasan daripada pihak yang bertanggungjawab mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan ini.
Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!
Kredit: Twitter
Sumber: Oh media