Zara Zya Beli Kereta Porsche Harga RM400,000, “Bukan saya beli cash pun”

Baru-baru ini perkongsian Zara Zya di Insta Story menjadi perhatian ramai apabila seorang individu dikenali sebagai Anwar Shah berkongsi kegembiraan pelakon itu membeli kereta jenama mewah, Porsche.

Memetik mStar Online, Zara berkata impiannya untuk memiliki kereta idaman jenis Porsche 718 Boxster akhirnya tercapai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraPrihatin (@zarazya)

Menurut Zara, dia mengumpul duit lebih setahun untuk membeli kereta mewah berharga kira-kira RM400,000. Ujarnya lagi, dia juga perlu bersiap sedia untuk kos servis kereta berkenaan.

“Syukur dan gembira dapat memiliki kereta ini. Saya pilih kereta ia lain daripada yang lain. Saya seorang yang akan meletakkan sasaran yang dimahukan dan sejak setahun lalu saya kumpul duit untuk memiliki kereta idaman ini.

“Kumpul duit pun harus fikir soal ke depan, kerana kereta begini perlukan maintainance yang tinggi. Perlu siap sedia untuk kos servis dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Zaya sedar ada pihak yang kurang senang melihatnya membeli kereta mewah tersebut. Namun baginya ia adalah penghargaan buat diri sendiri selepas penat bekerja.

“Terpulang kepada mereka yang melihat untuk bercakap apa sekali pun. Tak kira apa saya buat, orang akan bercakap juga.

“Ini adalah hasil titik peluh sendiri. Satu pencapaian juga buat saya kerana boleh memiliki kereta sebegini,” katanya.

Sementara itu, Zara berkata dia tidak berniat riyak apabila berkongsikan kegembiraannya di medoa sosial sebaliknya mahu mengabdikan kenangan manis dalam hidupnya.

“Bukan saya beli cash pun. Jadi tak perlulah cakap saya belanja besar untuk memiliki kereta ini. Saya juga tak faham kenapa ia jadi isu apabila dikongsi di media sosial.

“Seperti yang saya katakan ini adalah satu pencapaian dalam hidup saya, jadi kenapa tidak kongsikan di media sosial,” katanya.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

SUMBER:  MSTAR ONLINE

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.