Syamel dan Ernie Dedah nama anak sulung mereka menerusi Instagram

Selepas lebih seminggu dilahirkan, pasangan penyanyi terkenal Ernie Zakri dan Syamel mengumumkan nama anak mereka sebagai Nur Khawla Soleha.

Syamel dan Ernie mengumumkan nama anak sulung mereka menerusi  hantaran Instagram masing-masing hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYAMEL (@syamel_official)

“Selamat datang ke dunia Nur Khawla Soleha.

“Semoga menjadi anak yang solehah daddy dan ibu, membesar dengan penuh keberkatan serta rahmat Allah SWT,” tulis pelantun Hidup Dalam Mati itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYAMEL (@syamel_official)

Bagaimanapun, Ernie mahupun Syamel sehingga kini masih belum berkongsi foto wajah puteri kesayangan mereka.

Terdahulu, Ernie selamat melahirkan Nur Khawla di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada pukul 10.14 pagi pada 22 Februari lalu.

Sebagai info, pasangan lagu duet Aku Cinta berkenaan diijabkabul 26 Mac tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: – KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.