(VIDEO) Tular Video Bidadari Cantik Jual Pau tepi jalan jadi perhatian Netizen, Rupanya Penyanyi Bienda

Baru-baru ini tular video di media sosial memaparkan wanita sedang menjual pau kepada seorang pelanggan lelaki di sebuah gerai di tepi jalan menjadi perhatian netizen.

Rupanya wanita tersebut adalah penyanyi Bienda yang kini menjalankan perniagaan pau di Jalan Kuching, Kuala Lumpur. Susulan video tular itu, penyanyi Bienda berkata ramai pihak menghubunginya kerana menyangka dia berdepan kesukaran hidup.p-0tyoSD

Memetik mStar Online, Bienda berkata dia hanya mahu mencuba sesuatu yang baru. Ujarnya, perniagaan tersebut adalah milik suaminya.

“Betul memang ramai yang menghubungi bertanyakan adakah sekarang saya hidup susah kerana berniaga pau di tepi jalan?

“Hidup saya masih seperti biasa lagi. Hanya mahu mencuba satu pengalaman baru dalam berniaga. Sebenarnya ini adalah perniagaan milik suami dan saya seronok menolong.

“Bukan hanya untuk diri sendiri malah saya juga dapat membantu peniaga kecil lain apabila mempromosikan perniagaan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Bienda berkata dia tidak menyangka perniagaan yang diusahakan sejak Disember tahun lalu mendapat sambutan, malah ada peminat yang jauh sanggup datang membeli.

“Tak sangka pula jualan pau ini sudah menjadi bualan ramai. Sebagai seorang selebriti ini adalah kelebihan yang boleh saya gunakan untuk tujuan promosi.

“Selain itu saya galakkan peminat yang berada di luar Kuala Lumpu untuk mencari rangkaian jenama pau ini di kawasan berhampiran mereka,” katanya.

Untuk rekod, Bienda mendirikan rumah tangga dengan Kamarul Zariman Abd Rahman pada Oktober 2008 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Lavienda Namiraz dan Laxiendra Namiraz.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

SUMBER:  MSTAR ONLINE

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.