Jual Semua Aset, Safiey Ilias Nak Pindah & Mulakan Hidup Baru Di Thailand?

Lama tak dengar cerita tentang Safiey Ilias, terbaru pengasas kosmetik didakwa bakal berhijrah dan memulakan kehidupan baru di Bangkok, Thailand.

Memetik laporan Harian Metro, dakwaan itu timbul susulan tind4kan Safiey menjual semua aset dimiliki membabitkan rumah, isi rumah dan kereta mewah miliknya.

Usahawan berusia 26 tahun itu berkata itu antara perancangan yang sudah diatur serta ianya pilihan terakhir untuk kehidupan yang lebih baik.

“Macam dikatakan sebelum ini, saya mahu menjual semua aset adalah untuk memulakan sesuatu yang baharu. Saya ingin bermula semula dari bawah. Tidak kisahlah orang nak kata apa sekalipun.

“Soal dikatakan bakal berhijrah ke Bangkok, bagi saya ini adalah pilihan dan dirasakan terbaik. Kita tidak tahu mungkin rezeki saya di sana pula. Lagi pula tidak salah untuk kita mencuba sesuatu yang baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Safiey turut meluahkan rasa terharu kerana masih mendapat sokongan daripada netizen supaya dia bangkit semula.

“Terharu sangat. Semoga asbab dahulu Allah bagi peluang sekali lagi untuk saya berniaga dan bangkit semula. Dulu saya tak sedar sangat perkara ini. Tapi bila dalam situasi sekarang, dapat komen macam ini pun rasa tersentuh dan bersyukur sangat.

“Bersyukur dapat bantu orang menjana pendapatan. Terima kasih semua. Segalanya adalah pengalaman. Kita tidak pernah kalah, kita belajar sesuatu,” katanya.

Bulan lalu, Safiey mahu menjual kereta mewah Mustang miliknya pada harga RM270,000. Akui sed1h untuk menjual kereta tersebut, Safiey berkata dia mahu menjadi orang biasa.

Namun selepas tersebarnya d4kwaan dirinya ingin mulakan hidup baru di Thailand beliau menafikan nya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Safiey Ilias (@safieyillias94)

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

SUMBER:  HARIAN METRO

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.