Netizen Gelar Neelofa dan Haris kedekut tak tunjuk wajah Bilal, Rupa-rupanya ini Sebab nya

Gara-gara masih tidak dapat melihat wajah Muhammad Bilal selepas sebulan dilahirkan, netizen menuduh pasangan selebriti popular, Neelofa dan Haris Ismail sebagai kedekut.

D4kwa netizen, pasangan itu tidah habis-habis mahu berahsia, baik berhubung keh4milan sehingga telah lebih sebulan anak sulung mereka dilahirkan pada 29 Januari lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Menjawab soalan popular itu ketika menghadiri program MeleTOP malam tadi, Haris atau dikenali dengan Pencetus Ummah (PU) Riz berkata, dia dan Neelofa tidak menyembunyikan wajah anak, sebaliknya berjaga-jaga dengan peny4kit ain.

“Sebenarnya tak ada masalah nak tunjuk anak, tapi kami khuatir. Saya jawab dengan hadis yang menyentuh tentang melihat benda yang menakjubkan tetapi tidak menyebut nama dan memuji ciptaan Allah.

“Saya khuatir berapa ramai orang yang tengok (anak kami) tapi terlepas tak sebut nama Allah. Ramai yang tengok, saya t4kut. Saya baru tahu, bila anak s4kit, bapa boleh jadi ment4l tau,” jawabnya.

Sebelum ini, ibu Neelofa iaitu Noor Kartini mendedahkan keluarga terdekat mereka juga belum berkesempatan melihat wajah cucunya itu.

Noor Kartini memberitahu, Neelofa sendiri memilih pendekatan tidak terlalu mahu berkongsi wajah putera sulungnya kepada umum termasuk saudara terdekat.

Sejak Muhammad Bilal dilahirkan, rata-rata peminat tidak sabar menantikan pendedahan wajah Muhammad Bilal yang digelar sebagai bayi popular.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.