“Tak Nak V4ksin Terpulang, Tapi Jangan Berlagak Tuhan”

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad memaklumkan dia dan suami, Raja Syahiran disahkan p0sitif C0vid-19.  Ujarnya, disebabkan virvs tersebut dia perlu merangkak pergi tandas, badan terasa seperti dipvkul, sukar bernafas dan dem4m mengg1gil.

Namun perkongsiannya itu menimbulkan rasa kurang senang segelintir individu apabila berkata dia tidak dapat membayangkan keadaan orang yang tak ambil v4ksin langsung dan 4nti v4ksin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Tidak hanya berdiam diri, Uyaina berkata dia perlu bersuara berhubung perkara itu kerana komen diterimanya sudah bersifat ser4ngan peribadi yang keterlaluan.

Uyaina turut memohon golongan 4nti v4ksin yang tidak bersetuju dengan pendapatnya tentang pengambilan v4ksin boleh unfollow akaun media sosialnya.

“Saya kerap abaikan banyak komen neg4tif dalam hidup saya. Hal itu satu kebahagiaan. Apabila ia sekadar ser4ngan peribadi terhadap saya, tak apa saya boleh abaikan tapi tidak kali ini.

“Kalau apa yang saya tulis menyinggung anda, tak sehaluan dengan pemikiran anda, anda tak suka, anda nak menang, nak paksa ikut pendapat anda, ‘unfollow’ dan ‘block’ saya. Terima kasih,” katanya.

Kata Uyaina lagi, jika tidak mahu v4ksin tidak mengapa tetapi jangan terlalu angkuh atau berl4gak untuk bercakap tentang v4ksin jika bukan golongan p4kar. Menerusi Insta Story, Uyaina turut memuat naik komen netizen yang menyel4r pendapatnya mengenai v4ksin.

“Anda tak nak v4ksin, terpulang. Tapi jangan berlagak dan berlagak Tuhan. Ilmu pun tak setara mana, jangan nak mendabik dada.

“Islam ajar kita untuk cari ikhtiar dalam apa-apa hal sekalipun. Pakar dalam setiap bidang belajar bertahun-tahun lamanya mengkaji dan menyelidik,” katanya.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

SUMBER:  HARIAN METRO

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.