Shuib sambut Anniversary Ke-11 di pusaran, Bawa Anak-Anak Bersihkan Pusara Siti Sarah

Semalam, tanggal 26 Februari genap 11 tahun usia perkahwinan Shuib Sepahtu dengan isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin. Namun, tahun ini cukup berbeza buat Shuib apabila menyambut hari ulang tahun perkahwinan tanpa isteri disisi.

Sempena mengingati hari istimewa itu, Shuib membawa anak-anak dan ahli keluarganya datang membersihkan pusara isteri tercinta.

Shuib dilihat ada berkongsikan video di Insta Story dan dimuat naik kembali oleh beberapa netizen di akaun TikTok.

Lebih sebak, kata-kata dari anak sulung pasangan itu iaitu Uwais Al-Qarni mengenai bunga yang ditanam di pusara Siti Sarah dimana warna ungu adalah warna kegemaran ibunya.

“Ibu suka warna purple, tiba-tiba terkeluar bunga warna purple,” katanya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sayu dan mengalir air mata melihat ketabahan Shuib dan anak-anak yang kuat menghadapi dugaan kehilangan orang tersayang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sebelum ini, Shuib ada memuat naik video menunjukkan kad majlis pernikahan mereka sambil meninggalkan kapsyen mengucapkan selamat hari ulang tahun pernikahan buat isterinya serta meluahkan rasa rindu buat bidadarinya itu.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

SUMBER:  OHMYMEDIA

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.