‘Abang Viva’ Bersiap ke Terengganu bantu mangsa banjir

Lelaki yang mendapat jolokan nama ‘Abang Viva’ atau nama sebenar, Azwan Omar, kembali menjadi perhatian di media sosial dalam misi seterusnya ke Terengganu bagi membantu mangsa banjir susulan hujan berterusan di negeri terbabit.

Menerusi sebuah hantaran yang dikongsi oleh Viral Media Johor, memaparkan tangkap layar perbualan melalui direct message (DM) Instagram antara beliau bersama pengguna media sosial yang menyatakan beliau kini dalam persiapan untuk ke Terengganu bagi menyelamatkan mangsa banjir setelah beliau menerima maklumat ramai terperangkap sehingga ke atas bumbung dan memerlukan bantuan.

foto – harian metro

“Saya sudah membaca maklumat keadaan di Terengganu sekarang. Terima kasih atas makluman. Saya tengah bersiap untuk ke sana (Terengganu),” tulisnya.

“Terima Kasih Abang, sekarang Kampung Lubuk Paip, Kuala Berang, Terengganu, masih ramai terperangkap atas bumbung rumah, mereka memerlukan bot besar. Semoga perjalanan abang selamat dan dilindungi Allah,” kongsi pengguna media sosial tersebut.

foto – Utusan Digital

Rata-rata orang ramai begitu rasa teruja dengan kehadiran ‘Abang Viva’ semula bagi membantu mangsa banjir di Terengganu dan mendokan segala urusan beliau dalam misi banjir kali ini dipermudahkan.

“Mantaplah Abang Viva. Selamat berjuang. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Utamakan keselamatan,” kata Mohd Zikrullah.

“Kekalkan saja dengan panggilan Abang Viva kerana dari situ dia mula dikenali. Semoga beliau selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Dipermudahkan segala urusan ketika misi membantu mangsa banjir di sana,” jelas Amy Hani pula.

“Jangan lupa bawa kelengkapan keselamatan. Semoga misi Abang Viva dipermudahkan urusan dan dapat membantu banyak mangsa banjir di sana. Terima Kasih atas jasa Abang Viva,” ujar Siti Mursidah.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: – KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.