Tunku Ismail sedia tinggalkan JDT, “Jikalau kalah hari ini saya tinggalkan bola sepak sepenuhnya” – TMJ

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sanggup meninggalkan dunia bola sepak di Malaysia sekiranya Harimau Selatan tewas kepada Kuala Lumpur City pada aksi Piala­ Sumbangsih di Stadium­ Sultan Ibrahim, malam ini.

Menerusi komen yang ditinggalkan padai ciapan Instagram officialjohor, Tunku Ismail me­nyatakan kesediaannya untuk meninggalkan legasi yang sudah dan sedang dibina.

foto – Football Tribe

“Jikalau kalah esok (hari ini) saya tinggalkan bola sepak sepenuhnya dan tidak akan terlibat lagi dengan apa-apa aktiviti bola sepak dalam negara,” menurut komen yang ditinggalkan Tunku Ismail.

Bagaimanapun, dari sudut kesukanan, ia seakan-akan jelas menunjukkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu cukup yakin JDT mampu menjulang piala berke­naan buat kali kelima berturut-turut.

Untuk rekod, sejak mula mengambil alih pasukan, transformasi yang dilakukan Tunku Ismail sudah pun meletakkan JDT di satu aras lebih tinggi berban­ding pasukan tempatan lain, malah turut mencipta rekod muncul pasukan dari Malaysia pertama menjulang Piala AFC pada 2015.

Pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, tahun lalu, KL City cipta kejutan apabila menumpaskan Harimau Selatan 2-0 untuk mengesahkan kejuaraan buat kali keempat sepanjang sejarah penganjuran.

Andai kata Bojan Hodak terus menjelmakan kejutan pada aksi pembuka tirai Liga Malaysia (Liga M) musim ini, ia nyata menjadi sesuatu yang sukar dibayangkan oleh penyokong setia JDT.

Bagi peminat di luar Johor, ia menjadi satu cabaran buat KL City, namun apa juga yang diperkatakan Tunku Ismail menerusi komen itu, ia pastinya ‘menghidupkan’ dan menambah seri perlawanan pada malam ini.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: – K ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.