“Saya Tak Nak Jebat Boleh Cakap Inggeris Tapi Tak Tahu Bahasa Mel4yu”

Usahawan yang juga kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila berasa sed1h apabila ramai generasi muda sekarang terutama kanak-kanak tidak fasih berbahasa Mel4yu.

Menurut Nabila lagi, dia tidak mahu perkara itu berlaku kepada anaknya, Jebat Jayden. Ujarnya, ianya perkara pelik jika orang Mel4yu tidak boleh bercakap bahasa kebangsaaan.

“Muka Mel4yu tapi cakap pelat, tak naklah begitu. Bahasa Mel4yu kan bahasa kita. Tak pandai cakap Mel4yu, pelik sebenarnya. Perlu tahu cakap Mel4yu dan itu cara saya besarkan anak. Apabila saya jumpa ramai anak-anak tak boleh berbahasa Mel4yu, saya berasa sed1h.

“Untuk Jebat juga, perlu tahu cakap (loghat) Kelantan dan Pulau Pinang. Pulau Pinang ikut bapa dia (Sharnaaz). Nanti dia dah masuk sekolah, dia akan cakap bahasa Inggeris. Sharnaaz pun pilih cara begini,” katanya.

Kata Nabila lagi, dia dan adik beradik berbahasa Mel4yu di rumah. Ujarnya, dia tidak mahu Jebat boleh bercakap bahasa Inggeris tetapi tidak tahu berbahasa Mel4yu.

“Kita memang cakap Mel4yu di rumah. Adik-beradik di rumah pun cakap Mel4yu. Mak cik dia cakap bahasa Inggeris tapi kebanyakan masa, Jebat memang cakap bahasa Mel4yu.

“Faliq (adik bongsu) masa kecil cakap Mel4yu tetapi sekarang apabila dah masuk sekolah, dia secara automatik cakap bahasa Inggeris sampai tak tahu cakap Mel4yu langsung.

“Jadi, saya tak nak (Jebat) jadi begitu. Saya tak nak dia mahir berbahasa Inggeris tetapi tak tahu berbahasa Mel4yu. Tak boleh,” katanya lagi.

Sebelum ini, Nabila berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, namun bercer4i Julai 2020. Mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden kini berusia empat tahun.

Nabila kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 19 Mac tahun lalu.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

SUMBER:  KOSMO!

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.