Janna Nick akhirnya ‘tewas’,positif C0vid-19 “setelah dua tahun lebih bert4rung dengan C0vid-19” -Janna Nick

Selepas dua tahun mengelak daripada dij4ngkiti C0v!d-19, pelakon dan juga penyanyi Janna Nick akhirnya ‘kecundang’ selepas disahkan positif v!rus tersebut.

Berita itu diberitahu Janna sendiri dalam beberapa hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya.

foto – OH MY MEDIA

“Saya positif setelah dua tahun lebih bert4rung dengan C0vid-19, akhirnya kecundang jua.

“Semalam macam okey lagi, malam tadi dah rasa s4kit tekak perit sangat, macam nak demam, rasa sejuk dan s4kit badan,” katanya.

Ujar selebriti berusia 26 tahun itu lagi, selain berasa tidak sedap badan, dia turut meng4lami gejala hidung tersumbat.

“Hidung pun dah mula tersumbat, ada banyak ubat saya dah sediakan. Doakan saya cepat sembuh, saya minta maaf sesiapa yang ada jumpa saya,” ujarnya.

Dalam hantaran berbeza, penyanyi lagu Gatal itu turut berkongsi kisah ditegur netizen kerana tind4kannya melakukan ujian calitan C0vid-19 berulang kali.

Janna melakukan ujian calitan berulang kali kerana yakin dirinya positif sejak semalam ekoran berasa tidak sihat lebih-lebih lagi menjadi kontak rapat kepada pes4kit C0vid-19.

“Semalam ramai mesej saya cakap kalau dah negatif tidak perlu kalut minta untuk positif (keputusan).

“Saya bukan saja-saja nak buat content atau terhegeh-hegeh buat RTK (rapid test kit) atau PCR (polymerase chain reaction) untuk dapat keputusan positif.

“Saya buat sebab kita boleh rasa badan kita macam tak sihat, sebab saya bukan senang s4kit, jadi saya dah boleh agak saya positif, itulah sebab semalam saya terus buat PCR,” katanya menerusi Instastory.

Janna turut memaklumkan ujian calitan terbaharu yang dilakukan mendapati dia positif v!rus tersebut pada pagi Sabtu (hari ini).

Pada Jumaat, Janna memberitahu dia melakukan ujian kendiri dan mendapati alat tersebut menunjukkan dua garis positif.

Janna kemudian ke klinik berdekatan dan melakukan ujian RTK pula, namun keputusan negatif.

Tidak berpuas hati kerana yakin sudah dij4ngkiti, dia mengambil keputusan melakukan ujian ketiga iaitu PCR dan akhirnya dia disahkan positif v!rus berkenaan.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: – KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.