DSV Pilih Lelaki jambu,kacak bergaya Jadi PA, Bayar Gaji RM10,000 Sebulan

Umum mengetahui, Disember lalu jutawan kosmetik Datuk Seri Vida memaklumkan sedang mencari lelaki kacak bagi mengisi jawatan sebagai pembantu peribadinya yang baru.

Nampaknya, segala teka-teki terjawab apabila Vida mendedahkan identiti pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Qushayry atau Abang Qu yang merupakan seorang influencer.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Vida berkata pemuda itu seorang yang pemalu jika dibandingkan dengan dirinya yang happy go lucky.

Menurut Vida, ramai yang menghantar resume untuk menjadi pembantu peribadinya dan calon-calon semuanya hebat-hebat belaka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Sementara itu, pemuda itu turut memuat naik perkongsian di Instagram meminta orang ramai mendoakan agar perjalanannya di Empayar DSV dipermudahkan dan baik-baik sahaja.

Terdahulu, usahawan sensasi Iqbal Zulkefli merupakan PA kepada Vida. Malah, mereka juga merancang untuk mendirikan rumah tangga namun hasrat mereka itu tidak kesampaian.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

SUMBER:  OHMYMEDIA

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.