Lelaki menipu jadi Doktor Kahwini 18 Wanita, Lesap Lepas Dapat Barang Kemas

Di New Delhi, India, seorang lelaki ditahan p0lis selepas mengahwini sekurang-kurangnya 18 wanita demi mendapatkan wang mudah dan kepuasan $eks.

Lapor Harian Metro, lelaki berusia 67 tahun itu mensasarkan wanita bujang, balu dan janda.

Suspek, Bibhu Prakash Swain mencari mangsa di platform media sosial dan memperkenalkan diri sebagai seorang doktor yang berumur 51 tahun.

Selain doktor, suspek pernah menyamar sebagai profesor, peguam, pegawai perubatan dan pegawai tenter4.

Foto: newsroompost.com

Pegawai p0lis Sanjiv Satpathy berkata, suspek memancing mangsa kononnya dia bergaji besar dan menunjukkan kad pengenalan paIsu. Dia juga mereka-reka surat pelantikan dan latar belakang keluarga.

Selepas berkahwin, suspek mula meminjam duit atau barang kemas kononnya ada kecem4san, namun menghilangkan diri untuk memburu ‘sasaran’ seterusnya.

Kegiatan suspek mula dihidu pihak p0lis selepas satu laporan dibuat seorang wanita pada Mei tahun lalu. Wanita itu mengesyaki suami yang baru dikahwininya mempunyai sekurang-kurangnya tujuh isteri lain.

 

Foto: gnnhd.tv

Difahamkan, p0lis mengambil masa berbulan-bulan menyiasat perkara ini sebelum suspek akhirnya diberkas.

Melihat kepada rekod nombor telefon, p0lis percaya suspek berkahwin sebanyak 18 kali. Ini kerana suspek menyimpan nama-nama mangsa berdasarkan lokasi seperti Madam Delhi, Madam Assam dan banyak lagi.

P0lis menganggap ke$ ini merupakan penipuan perkahwinan terbesar yang pernah berlaku di India. Mangsanya juga terdiri daripada wanita bekerjaya seperti pegawai p0lis, akauntan, guru, doktor dan peguam.

Siasatan awal mendapati suspek berkahwin kali pertama pada 1978 dan dikurniakan 3 anak. Dua daripada anaknya doktor dan seorang lagi doktor gigi.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Kredit: Harian Metro | Daily Mail

Sumber: Oh media

Leave a Reply

Your email address will not be published.