(VIDEO) Detik cemas Pekerja tersangkut dalam gondola akibat angin kencang

Suasana cemas apabila sebuah gondola dinaiki beberapa pekerja berpusing-pusing di udara akib4t ditiup angin kencang dalam kejadian di Jalan Kamuning, di sini, petang semalam.

Menerusi sebuah rakaman video tular, beberapa pekerja di dalam gondola tersebut cuba menurunkan gondola terbabit namun g4gal kerana ditiup angin kencang sebelum mel4nggar struktur bangunan sehingga tingkapnya pecah.

Kejadian itu mencetuskan suasana cem4s sebelum saksi tempat kej4dian menghubungi pasukan bomba bagi membantu m4ngsa yang tersangkut di dalam gondola terbabit.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 3.56 petang.

“Seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, mangsa yang didapati tersangkut di dalam gondola telah berjaya menyelamatkan diri dengan turun sendiri,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, tiada operasi menyelamat dijalankan pihak bomba dalam kejadian tersebut dan ke$ dianggap selesai.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: – KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.