Pernah DigeIar Anj!ng & Perempuan Murahan, Vivy Yusof Akui menjadi m4ngsa buIi siber

Baru-baru ini perkongsian usahawan Datin Vivy Yusof menjadi perhatian ramai apabila berkongsikan pengalaman menjadi m4ngsa buIi siber sehingga dih1na.

Menerusi entri tersebut, Vivy berkata bergelar usahawan dia sudah biasa dengan keadaan itu namun apabila bisnes semakin berkembang, ramai yang mahu menjatuhkannya.

Meskipun menganggap ianya perkara biasa, namun Vivy meluahkan rasa bimbang apatah lagi pada masa kini sesiapa sahaja boleh membuat cerita buruk di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

“Walaupun tiada bukti, orang akan terus membenci. Dalam perniagaan, orang akan menghentam dari semua arah. Apa yang men4kutkan bila ramai yang beri sokongan terhadap sesuatu meskipun ianya tidak benar.

“Mereka berkumpul seperti pembvli. Ada yang berkata saya seperti anj1ng, perempuan svndal dan mengharapkan anak-anak saya m4ti di sungai. Sisi gelap segelintir individu yang agak men4kutkan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Vivy berkata dia pernah bersikap tegas mempertahan dirinya apabila banyak cerita bohong dan tidak benar mengenai dirinya tersebar di media sosial.

Bagaimanapun, Vivy berkata ianya seakan sia-sia kerana ramai yang tidak mahu tahu mengenai kebenaran dan hanya tertarik dengan ‘drama’ yang timbul.

“Sejak hari itu, saya tidak lagi pernah terlibat dengan perkara sedemikian. Tind4kan yang saya boleh lakukan adalah mengabaikan komen negatif. Walaupun menerima banyak kec4man, saya masih masih menjalani kehidupan yang baik. Malahan, perniagaan juga berjalan lancar.

“Saya dikurniakan dengan keluarga yang penyayang serta rakan-rakan yang luar biasa. Jadi, saya ingatkan diri untuk selalu bersyukur,” katanya.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

SUMBER:  CARI FORUM

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.