(VIDEO) Unboxing Barangan Baby bernilai RM50k, Bakal Ibu Tak Rasa Membazir

Siapa je tak excited nak sambut kelahiran anak pertama kan? Mesti semua bakal ibu akan sediakan kelengkapan bayi dengan sempurna, termasuk baju, seluar, stroller dan sebagainya!

Namun, tular di media sosial baru-baru ni, adik ipar Iqbal Zulkefli telah berbelanja sebanyak RM50,000 untuk menyambut kelahiran anaknya yang pertama.

Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, Ayunie atau lebih dikenali sebagai Yunie telah membuat satu video unboxing beg keperluan bayi dan persiapan untuk bersalin.

Perbelanjaan RM50,000 itu telah habis dalam masa satu hari je untuk membeli keperluan anak sulungnya dan dirinya.

Walaupun kita rasa RM50,000 itu merupakan satu jumlah yang besar, tapi bagi Yunie, ia bukanlah satu pembaziran. Baginya, jika dia gembira menyediakan semua ini, pasti anaknya juga akan gembira.

Pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen, ada yang menjadikan Yunie sebagai pembakar semangat untuk bekerja dengan lebih keras, ada yang mengatakan tidak perlu membazir habiskan wang yang banyak macam tu.

Semoga semua bakal ibu yang akan melahirkan anak, dimurahkan rezeki dan mampu untuk beli semua yang dihajati! Ingat, ukur baju di badan sendiri tau, beli apa yang mampu okay!
Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Kredit: TikTok

Sumber: Oh media

Leave a Reply

Your email address will not be published.