Kisah seorang ‘mak cik’ telah bertugas di stesen minyak selama 28, ini hadiah diberikan oleh majikannya

Kisah seorang ‘mak cik’ yang telah bertugas di sebuah stesen minyak selama 28 tahun sehingga menerima hadiah pakej umrah sebagai penghargaan dari majikannya membawa inspirasi kepada orang ramai.

Berdasarkan perkongsian sebuah video dari pengguna media sosial yang bernama @siti5847, menunjukkan makcik yang dikenali sebagai Sapuan bersama beberapa individu lain telah menaiki sebuah kapal terbang kelas perniagaan untuk ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah.

“Staf paling lagenda di stesen minyak Petronas Pendang. Long Servis Reward (Anugerah Pekerja Paling Lama Berkhidmat) ‘Pakej Umrah’ kepada beliau,” tulisnya.

Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi positif di kalangan orang ramai yang memuji majikan terbabit menghargai pekerja sangat setia serta ada yang mengakui sudah lama mengenali makcik itu.

“Terima kasih kepada majikan makcik Sapuan kerana menghargai pekerja anda. Anugerah pekerja paling terbaik,” kata @umaiNina.

“Alhamdulillah untungnya makcik Sapuan dapat majikan yang baik. Siap bawa pergi umrah lagi,” jelas @sarahAnne.

“Mak Cik Sapuan sangat istiqamah dengan kerja beliau. Beliau mendapat bekerja di situ, saya sudah berada di Pendang sejak tahun 1992, dia masih duduk di pam stesen minyak itu, alhamdulillah,” kongsi @abgsuhaimi.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: – KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.