Tarik Diri Dari Dunia Forex, netizen dedah sebab mengapa Zizan Razak tarik diri

Perkongsian pelakon dan pelawak Zizan Razak menjadi perhatian apabila mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri lagi dalam bidang pelaburan Forex.

Menerusi entri dimuat naik di Instagram, Zizan berkata dia berbuat demikian atas sebab tertentu namun tidak berkongsikan lebih lanjut mengenai keputusannya itu.

“Assalamualaikum semua. Hari ni Zizan telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari dunia Forex atas alasan tertentu.

“Doakan yang baik-baik untuk Zizan dan untuk semua. Semoga Allah memberkati kita bersama,” tulisnya.

Perkongsian Zizan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyambut baik keputusan pelawak itu yang memilih untuk mendapatkan sumber rezeki yang ‘bersih’ berbanding pelaburan itu.

Umum mengetahui, pelaburan tukaran mata wang asing atau forex disahkan h4ram kerana ia melibatkan harta ribawi iaitu mata wang dan mengandungi unsur-unsur riba.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.