Selepas tersingkir dari big stage Erma Fatima menawarkan Iqbal Zulkefli Berlakon, Tak Kisah Dikutuk

Dikecam teruk selepas menyertai program Big Stage, bagaimanapun, pengarah Erma Fatima mengambil t1ndakan berani menawarkan usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli berlakon.

Sedar bahawa tind4kannya itu mengvndang kec4man netizen, Erma berkata dia mempunyai sebab tersendiri menawarkan Iqbal berlakon.

foto – Mstar
foto – Remaja

“Selama ini, saya melihat Iqbal terlalu kerap berlakon dalam media sosial. Jadi, saya nak juga tengok adakah Iqbal berbakat di depan kamera.

“Justeru, saya menawarkan Iqbal berlakon dalam drama baharu berjudul Perempuan Itu yang bakal disiarkan di kaca TV3,” katanya.

Bagaimanapun, Erma berkata Iqbal perlu menghadiri uji bakat terlebih dahulu selama dua hari dan usahawan itu lulus dalam ujian berkenaan.

“Iqbal perlu menghadiri sesi uji bakat terlebih dahulu. Keputusan boleh berlakon atau sebaliknya ditentukan oleh pengarah drama, Isma Yusoof.

“Nyata, menerusi sesi uji bakat selama dua hari, Iqbal sangat komited hadir ke sesi latihan dan lulus dalam ujian,” katanya.

foto- Utusan digital

Kata Erma lagi, Iqbal hanya akan diberi watak pembantu memandangkan dia masih baru lagi dalam dunia lakonan. Tidak takvt dengan kec4man netizen kerana memilih Iqbal sebagai pelakon, Erma berkata ada perkara lain yang lebih dit4kuti olehnya.

“Jujurnya, ramai menghantar mesej peribadi meminta saya tidak mengambil Iqbal berlakon. Saya sendiri tidak tahu apa d0sa Iqbal kepada mereka.

“Cuma, apa yang membuatkan saya risau kemungkinan saya dijadikan bahan kandungan media sosial seperti yang pernah dilakukannya terhadap individu lain sebelum ini.

“Masa nak bincang mengenai tawaran ini, saya pun bimbang akan keluar cerita tidak enak di laman maya. Jadi, saya minta rakan menemani saya. Sebelum berlaku perkara sedemikian, saya awal-awal lagi sudah beri amaran kepada Iqbal,” katanya.

foto- New Straits Times

Difahamkan, penggambaran drama Perempuan Itu yang turut menampilkan Zul Ariffin dan Mimi Lana bermula esok.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

SUMBER:  BH ONLINE

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.