- Home
- 2022
- February
- 8
- Selepas Datuk Hattan kini AC Mizal pula Bersuara, “Yang Nyanyi Sumbang Pun Sedar Tak Awak Dijadikan Bahan Lawak?”
Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai satu program nyanyian yang mencetuskan kontr0versi apabila mengambil individu yang tidak sesuai sebagai peserta.
Susulan itu, rata-rata netizen melemparkan komen negatif menyifatkan program tersebut hanya sekadar mahu mengejar rating sahaja. Perkara itu turut mendapat perhatian pengacara dan pelakon Dato’ AC Mizal tampil bersuara mengenai kontr0versi tersebut.

Katanya lagi, adalah lebih baik jika beri peluang kepada mereka yang boleh menyanyi. AC Mizal turut mempersoalkan mengapa mahu viral dengan perkara negatif dan tind4kan itu boleh membvnuh industri hiburan.
“Bagilah betul-betul peluang kepada yang boleh menyanyi. Kenapa sekarang nak sangat jadi viral dengan perkara negatif hmmm MALU WOO!Betul betul merosakan industri. We are killing our own industri will this stupidity,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di Facebook itu, AC Mizal turut menegur pihak produksi yang sudah belanja berjuta ringgit untuk program berkenaan tetapi penyanyi sumbang yang lebih diingati oleh penonton.
“U belanja berjuta untuk satu show dan yang orang ingat adalah penyanyi sumbang! Fuhhh tak fikir ROI ke?Rosak branding!Yang nyanyi sumbang pun sedar tak awak dijadikan bahan l4wak?Keturunan u tak malu ke?,” katanya.
Perkongsian AC itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapat pengacara itu kerana tind4kan mengejar rating itu boleh menjatuhkan industri seni.

Artikal sebelum ini
Sejak semalam hangat diperkatakan apabila usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli yang diumum sebagai peserta program Big Stage 2022.
Perkara itu mendapat perhatian penyanyi Datuk Hattan yang menyeru penyiar TV perlu ada rasa tanggungjawab untuk mengangkat industri hiburan ke tahap lebih tinggi.
“Apa yang cuba dilakukan (pihak penyiar)? Kalau ya pun nak rating, tak payah sampai begitu, banyak cara lain lagi. Takkanlah pihak produksi sewaktu sesi raptai tak tahu bagaimana persembahannya? Kamu tahu peserta itu tak boleh nyanyi? Kenapa kamu panggil juga?” katanya.
Menurut Hattan lagi, dia tidak menafikan gimik seperti itu sekaligus memberi impak dari segi pemasaran namun ianya memalukan industri hiburan tanah air.
“Ini seperti yang pernah saya cakap sebelum ini. Dalam program itu ada peserta dari Indonesia. Kalau orang Indonesia tengok beginilah kita punya (penyanyi) kualiti?
“Kasihan 11 (peserta) yang lain bertanding beria-ria. Hanya kerana ada satu atau dua juta pengikut, oh sudah layak? Walaupun persembahan standard begitu, punya sampah,” katanya.
Dalam pada itu, Hattan turut terkilan kerana pertandingan diadili penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza itu sepatutnya dibuat selari dengan standard jauh lebih baik.
“Kita kena ada jati diri, ada maruah. Nyanyi, nyanyi juga, maruah sangat penting. Kepada pihak produksi, fikirlah secara waras sebelum buat keputusan untuk buat satu-satu programlah,” katanya.
Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!
Sumber: Rotikaya