ins1den dahi k0yak akib4t terkena sabit, “Sebenarnya saya pun rasa serba salah apabila Ellie berkali-kali meminta maaf”

Pelakon Shahidan Izwan menganggap insiden dahi k0yak akib4t terkena sabit ketika menjayakan penggambaran filem Telaga Suriram sebagai pengalaman mahal.

Katanya, kem4langan itu bukan salah sesiapa malah sedikit pun tidak membuatkannya takvt atau serik untuk menjayakan babak lain yang menggunakan senjata.

“Mal4ng tidak berbau. Biar berapa banyak kali kita berlatih atau memastikan segala-galanya dalam keadaan sempurna, kadangkala dugaan tetap datang.

“Semuanya berlaku dengan pantas, tiba-tiba saya rasa ada dar4h di muka. Ketika itu kami sedang melakonkan babak membabitkan tiga watak iaitu Kasa, Jabet dan Mak Tijah.

“Sabit di tangan Ellie Suriaty yang membawakan watak Mak Tijah terpelanting ketika dia sedang bergelut Jabet (Ammar Bahri) sehingga terkena dahi dan hidung saya.

“Syukur sebab cuma luka ringan selain kesan bengkak masih nampak. Sekarang produksi bagi saya cuti untuk beberapa hari lagi. Kena juga tunggu bengkak surut.

“Sebenarnya bahagian Iuka itu perlu dijahit sedikit, tapi bimbang nampak parut jadi saya pilih untuk menggunakan kaedah tradisional dengan bahan alami,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pemilik nama penuh Ahmad Shahidan Izwan Mohd Ali, 25, itu turut mengakui ramai kenalan serta saudara mara yang menghubungi bertanyakan khabar kerana bimbangkan keadaan dirinya.

“Alhamdulillah saya baik-baik saja. Terima kasih sebab ambil berat dan minta maaf kalau ada kiriman mesej langsung (DM) di Instagram yang saya tak sempat balas.

“Doakan luka saya cepat sembuh sebab saya tak sabar mahu masuk set penggambaran Telaga Suriram semula dan bekerja dengan ramai bintang hebat dalam filem ini termasuk Ellie Suriaty.

“Sebenarnya saya pun rasa serba salah apabila Ellie berkali-kali meminta maaf sedangkan kejadian ini tidak disengajakan pun,” kata pelakon yang turut membintangi Munafik dan Munafik 2.

Terdahulu, Ellie yang juga aktres berpenglan memaklumkan berlaku kem4langan ketika menjalani penggambaran di Perlis membabitkan Iwang.

Dalam insiden di set penggambaran arahan Osman Ali itu, Ellie mengakui terlepas sabit dipegang yang membuatkan ia terpelanting mengenai dahi serta hidung aktor berkenaan.

Ellie, 52, yang dihantui rasa bersalah berkongsi mengenai kej4dian malang itu menerusi Instagram miliknya selain menyatakan kekesalan di atas insiden tersebut.

Selain Ellie, Shahidan serta Ammar, Telaga Suriram yang juga terbitan Nuansa Films dengan Odissi Creative turut membariskan Farid Kamil, Nabila Huda, Scha Alyahya dan Maya Karin.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.