Anak Jamal Abdillah Dah Jadi Tauke Kedai Makan, kerja keras untuk bayar sewa rumah, bil elektik dan air

Siapa sangka baru sahaja berusia 16 tahun, anak penghibur terkenal, Datuk Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani kini mengusahakan kedai makan.

Zaki berkata ada segelintir rakan sekolah tidak percaya, namun dia tidak kisah mereka mahu percaya atau tidak kerana paling utama dia mahu berusaha mencari rezeki bersama ibunya.

“Hampir lima bulan, saya mengusahakan bisnes kedai makan dikenali Ngopi Dulu Yop yang lokasinya di Kajang, Selangor. Saya dan ibu berganding bahu menjalankan perniagaan ini.

“Segalanya bermula kerana C0v1d-19 yang mana karier seni saya agak terjejas apabila tiada tawaran ‘show’ menyanyi dan pada masa sama berdepan dengan Perintah KawaIan Pergerakan (PKP).

“Saya dan ibu kena berfikir bagaimana nak menjana pendapatan kami kerana terikat komitmen seperti bayaran sewa rumah, bil elektik dan air serta saya juga masih bersekolah. Jadi, semua ini perlu pembelanjaan,” katanya.

Zaki berkata ibunya yang memberikan idea untuk menjalankan bisnes makanan dan minuman dan tidak sangka perniagaannya itu mendapat sambutan.

“Walaupun harus bahagi masa antara bisnes dan belajar, saya tak nafikan ada rasa penat juga. Tapi, kedai saya beroperasi setiap hari dari jam 3 petang hingga 11 malam. Jadi, masa saya memang banyak berada di kedai.

“Tambah lagi, di kedai saya jadi barista yang buat air, selain sibuk juga melayan ‘order’ pelanggan. Apapun, saya gembira kerana ibu sentiasa ada bersama,” katanya.

Kata Zaki lagi, menu makanan di kedainya diinspirasikan dari Korea disediakan berserta minuman berasaskan kopi dengan harga berpatutan.

Meskipun masih baru lagi dalam dunia perniagaan, Zaki berkata dia kini merancang untuk membuka satu cawangan kios baharu di Shah Alam selain sekarang beroperasi di Kajang dan Setapak, Kuala Lumpur.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

SUMBER:  HARIAN METRO

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.