(Video) Mendebarkan, Nelayan Dakwa Dikejar Makhluk Misteri Dengan Mata Yang Bercahaya

Seorang nelayan di Brazil berdepan detik cemas apabila dikejar oleh seekor m4khluk m1steri dengan mata menyala ketika keluar menangkap ikan di laut, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Situasi mendebarkan itu dirakam oleh nelayan yang dir4hsiakan identitinya ketika memecut botnya dengan laju di perairan Rio Grande do Soul, negeri selatan Brazil.

“Ia mahu menyerang saya,” demikian keterangan video berdurasi 47 saat yang dikongsinya di media sosial.

Berdasarkan paparan video, m4khluk m1steri itu kelihatan panjang, berwarna hitam dan mempunyai mata menyala ketika sedang mengejar nelayan malang tersebut.

Ia dilihat berenang dan menyelam beberapa kali ketika sedang mengejar mangsanya.

Meskipun bergerak pada kelajuan penuh, m4khluk m1steri itu mampu dan hampir menyaingi bot itu.

Beberapa pengguna media sosial memberikan reaksi ser4m terhadap klip tersebut.

“Adakah anda terkencing dalam seluar?” tanya seorang pengguna media sosial.

“Ini sangat menakutkan,” komen seorang lagi. – Agensi

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: –K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.