TAHNIAH! Pelakon MakWan latah kembali bergelar isteri diusia 60an Selepas 7 Tahun Hidup SOLO

Selamat diijabkabulkan dengan Husin Dollah, 72, di kampung halamannya di Ipoh, Perak pada 22 Januari lalu, pelakon Mak Wan mengakui masih kekok bergelar isteri.

Kata Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud, baru sembilan hari berumah tangga agak sukar untuknya menyesuaikan diri apatah lagi sudah biasa hidup sendiri selama tujuh tahun.

foto- Harian metro

“Benda baru, jadi saya masih kekok. Ini perkahwinan ketiga selepas tujuh tahun saya hidup sendirian. Tak dinafikan agak sukar nak menyesuaikan diri kerana saya dah biasa hidup seorang.

“Mungkin ia masih baru sangat (kahwin), jadi perasaan malu pun masih ada. Saya pun tak banyak cakap sangat. Saya masih dalam proses mengenali, serta baru nak menyesuaikan diri dengan Kuala Pilah dan keluarga di sini. Alhamdulillah layanan semuanya baik dan okey setakat ini,” katanya.

foto – Mstar

Dua kali berdepan keg4galan rumah tangga sebelum ini, Mak Wan mengakui dia sudah tidak terfikir untuk berumah tangga lagi, namun dia berdoa kepada Allah ketika menunaikan umrah mengenai keputusannya itu.

“Bukan nak kata saya baik tiada siapa-siapa yang nak, namun saya tolak tepi dulu soal jodoh. Tapi saya kata, walaupun nak kahwin biar saya pergi umrah dulu dan berdoa kepada Allah agar beri kekuatan dan keputusan yang baik buat saya.

“Walaupun dah bertunang pada 14 November tahun lalu, kami hanya pernah berjumpa sekali. Saya cuma selalu bertanya khabar dengan anak perempuannya menerusi WhatsApp,” katanya.

foto – oh bulan

Kata Mak Wan lagi, dia sepatutnya diijabkabilkan dengan suami pada 15 Januari lalu namun melangsungkan pernikahan sebaik sahaja selesai kuarantin selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah.

“Tapi, sebaik balik umrah saya kena kuarantin di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi. Selepas tamat kuarantin, saya habiskan dulu penggambaran yang tertunda sebelum ini.

“Pada 22 Januari lalu, barulah majlis akad nikah kami dilangsungkan di Ipoh dan kami sah sebagai suami isteri. Buat masa ini, kami belum lagi rancang apa-apa bulan madu kerana jadual ‘shooting’ saya sepanjang Februari dah penuh,” katanya.

Dalam pada itu, Mak Wan mengakui sudah berbincang dengan suaminya mengenai pembabitan dalam lakonan dan buat masa ini dia hanya menyelesaikan penggambaran yang tertunda akibat PKP.

“Anaknya pun kata, kalau boleh perlahan-lahan kurangkan sikit berlakon. Tapi yang saya buat sekarang dari penggambaran yang tertunda akibat Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).

“Tengok keadaan dulu macam mana untuk saya terima tawaran selepas ini. Saya juga akan kekal tinggal di Kepong, manakala suami di Kuala Pilah,” katanya.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

SUMBER:  HARIAN METRO

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.