Bapa Azizulhasni men1nggal dunia, “Kami memang tak jangka pemergian arw4h kerana dia kelihatan sihat”

Bapa jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohamad Azizulhasni Awang, men1nggal dunia akib4t str0k hari ini.

Allahyarham Awang@Muda Embong, 73, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Kampung Nibong Stesen di sini pada pukul 2 pagi.

foto – kashorga
foto – berita harian

Abang ipar Azizulhasni, Mohd. Razman Mohamad berkata, arw4h bapa mertuanya, Awang@Muda sebelum ini dimasukkan ke sebuah hospital swasta selama empat hari akib4t mas4lah pernafasan tidak stabil.

“Bagaimanapun, arw4h telah kembali stabil dan dibenarkan pulang petang semalam. Kami memang tak jangka pemergian arw4h kerana dia kelihatan sihat dan masih mengukir senyuman semalam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Razman berkata, Azizulhasni yang kini berada di Melbourne, Australia sempat pulang bertemu dengan bapanya awal bulan lalu.

“Azizulhasni juga turut menelefon keluarga malam tadi selepas bapanya men1nggal dunia dan dia menguruskan semua perbelanjaan pengebumian bapanya,” katanya.

Sementara itu, Azizulhasni turut berkongsi berita dvka tersebut di laman Instagramnya.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.