Ebit dalam perjalanan bantu m4ngsa puting beliung, Minta Doa Dipermudahkan

Pendakwah terkenal, Ebit Lew memohon kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mendoakan misinya membantu mangsa ribut dan puting beliung yang membadai Ipoh, Perak semalam.

Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya tadi, Ebit turut memaklumkan sedang dalam perjalanan ke kawasan tersebut bagi misi bantuan itu.

“Doakan ya nak ke Ipoh, kawasan yang ditimpa ribut dan puting beliung semalam,” tulisnya ringkas.

Dalam kejadian berlaku di Taman Tasek Damai dan Kampung Tawas, beberapa rumah dilaporkan rosak teruk dalam satu kej4dian ribut lewat petang semalam.

Terdahulu tular di media sosial berkenaan kejadian ribut dan pokok tumbang di beberapa kawasan di Bandaraya Ipoh terutama di Kampung Tawas.

Salah satu video berdurasi sembilan saat memaparkan kej4dian puting beliung sehingga menerbangkan beberapa kepingan atap dari premis berdekatan Kampung Tawas.

Lebih menyed1hkan, m4ngsa yang terlibat juga merupakan mereka yang berbangsa Cina di mana bakal meraikan sambutan Tahun Baharu Cina pada esok hari.

Sementara itu, orang ramai terus menitipkan doa kepada Ebit dengan mendoakan segala urusan beliau membantu mangsa terlibat dipermudahkan.

“Semoga dipermudahkan segala urusan, Amin,” doa Kamariah Karim.

“Ustaz antara yang terawal memberikan bantuan, semoga dipermudahkan. Terima kasih kerana sentiasa ada bersama rakyat Malaysia,” kata Mila Mila Mili.

“Alhamdulillah cepat dan tangkas memberi bantuan. Apa saja masalah dihadapi pasti datang menolong. Semoga ustaz dan pasukan dilindungi Allah dan selamat menjalankan pertolongan pada yg memerlukan,” jelas Noraini Mat.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: -K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.