Ahl0ng Simbah Cat Merah Salah Rumah, Minta Pula M4ngsa Tolong Cari Rumah Sebenar Penghutang

Baru-baru ini tular dekat Facebook, seorang pengguna yang terkejut apabila rumah dan kereta miliknya di simbah dengan cat merah oleh ‘Ahl0ng’.

Menerusi perkongsian tersebut, pengguna yang dikenali sebagai Azhar Md Arif menjadi keliru kerana bukan dirinya yang berhvtang tetapi jirannya. Ini dapat dilihat dalam alamat surat dengan tulisan merah yang ditampal Ahlong dan tertera alamat sebenar penghvtang.

Menurut Azhar, kejadian tersebut berlaku lebih kurang pukul 12 malam semalam apabila dia terdengar jeritan jiran depan rumahnya.

Dah salah rumah, Ahlong pula minta tolong cari penghvtang sebenar

Rumah aku nombor 288, rumah penghutang nombor 286, aku WhatsApp si Ahl0ng, si Ahl0ng siap suruh kita pulak cari owner rumah tu.

Jelasnya, sebaik sahaja dia keluar dari rumah, kelihatan dua orang lelaki menunggang motosikal terus beredar dari rumahnya selepas mencampakkan sebotol cat merah di depan rumah.

Sudah lah salah rumah, dia boleh suruh kita cari si penghutang tu, sabar sahaja lah.

Dalam pada itu, Azhar berkata dia membuat hantaran tersebut supaya orang ramai lebih berwaspada. Dia turut memohon doa daripada orang ramai supaya dirinya dilindungi selepas dig4nggu oleh ‘Ahl0ng’ tersebut.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Kredit: Facebook

Sumber: Oh media

Leave a Reply

Your email address will not be published.