“Rindu Tak Pernah Berubah Sahabat”, Fad Bertemu Lelaki Mirip Arwah Abam

Hampir 10 bulan berlalu, tapi masih segar lagi di ingatan kita dengan berita mengejutkan peninggalan arw4h Abam Bocey.

Sepanjang bergelar pelawak, telatah arw4h yang sentiasa ceria dan menghiburkan tak pernah membosankan kita. Mungkin perkara itu yang buat kita rindu dan sentiasa terkenang pada arw4h.

Tapi, yang paling rindu pada arw4h Abam Bocey sudah pastinya dua ahli kumpulannya yang lain, Fad dan Achey.

Confirm lagi banyak kenangan jatuh bangun serta suka duka yang dah pun mereka lalui sama-sama.

Bahkan, ia jelas terbukti dengan satu perkongsian baru Fad dalam postingnya di Instagram.

Rasa sebak sangat bila tengok gambar dan baca caption Fad. Dalam post tersebut, Fad sedang memeluk erat seorang lelaki yang nampak mirip sangat dengan arw4h Abam. Dari riak muka, tubuh badan, warna kulit, alahai. Nampak sama sangat.

Tulis Fad, ketika dia tengah bekerja, tiba-tiba matanya menangkap kelibat dengan cara berjalan dan gerak tubuh yang sama dengan arw4h Abam dalam kamera. Kebetulan juga, tarikh 10 Disember menandakan genap 10 bulan arw4h Abam pergi meninggalkan kita semua. Fad juga meluahkan yang rasa rindunya pada arw4h tak pernah berubah serta mendoakan kesejahteraan arwah di dunia abadi.

Rata-rata netizen meluahkan rasa seb4k mereka serta mendoakan semoga arw4h ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Bahkan, ada juga yang menyatakan mungkin lelaki tersebut merupakan insan yang dihantar oleh Allah untuk hilangkan rasa rindu Fad pada sahabatnya.

Betullah apa yang arw4h selalu pesan pada kita semua, bila kita buat baik mesti ramai yang sayang.

Dari posting itu jugak, kita dapat belajar seorang sahabat yang baik, akan sentiasa ingat dan doakan kita walau dekat mana pun kita berada, mahu dunia atau akhirat.

Ohmedia doakan semoga arw4h Abam sentiasa dalam rahmat Allah dan berada dalam golongan orang-orang soleh. Al-Fatihah.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Kredit: Instagram Fad Bocey

Sumber: Oh media

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.