Hairul belajar Inggeris dengan Anak, “Di rumah saya ada cikgu ajar saya Inggeris. Yusuf Iskandar cikgu Inggeris saya”

“Insya-Allah nak ke luar (peringkat antarabangsa), tapi selagi tak ‘confirm’, tak seronok nak sembang kan.”

Demikian pengakuan pelakon Hairul Azreen atau nama sebenarnya, Hairul Azreen Idris memberi sedikit perincian tentang impian Hollywood yang tidak mustahil untuk dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Hairul, 34, memberitahu, banyak lagi aspek lakonan yang perlu diperkemaskannya termasuk penguasaan bahasa Inggeris kalau ingin ke peringkat antarabangsa.

“Di rumah saya ada cikgu ajar saya Inggeris. Yusuf Iskandar cikgu Inggeris saya (ketawa).

“Dan, mula tahun lepas, saya ambik kelas bahasa Inggeris secara profesional. Isteri saya boleh berkomunikasi dalam bahasa tersebut dengan baik termasuk anak-anak saya sendiri.

“Baru-baru ini pun, saya baru balik dari London dan dapat bertemu dengan kawan-kawan ‘level international’ di sana. Mereka pun tak cakap bahasa Melayu,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

foto- Gamer santai

Hairul ditemui media pada Media Junket filem The Assistant di Hotel Pavilion, Kuala Lumpur.

Bapa kepada dua cahaya mata itu berkata, memang benar, kalau ada rezeki nanti pada peringkat lakonan yang lebih tinggi, memang dia perlu melakukan sesuatu termasuk dari aspek penguasaan bahasa Inggeris.

“Mana tahu kan. Macam anda cakap tadi. Betul, saya perbaiki apa benda yang saya kurang. Macam dari segi aksi, saya akan tukar dan dari segi lakonan, saya akan tukar.

“Hal ini diseb4bkan supaya setiap filem yang saya jayakan akan berlainan impaknya,” ujarnya.

Hairul bersama barisan pelakon hebat lain seperti Iedil Dzuhrie, Henley Hii dan Farali Khan bakal muncul dengan filem aksi terbaharu arahan Adrian Teh berjudul The Assistant.

Suami kepada pelakon Hanis Zalikha itu turut mendedahkan sewaktu penggambaran, dia terbawa-bawa roh atau karakter Feroz sehingga ke luar set termasuk sampai ke rumah.

“Tak pernah berlaku selama ini, watak Feroz itu ‘ikut’ saya balik. Ada satu hari saya kena lari ke sebuah penggambaran TV komersial, saya berdialog seperti Feroz dan menc4rut tanpa disedari.

“Feroz juga terbawa-bawa hingga ke rumah. Apabila mar4h anak-anak, saya tergelak sampaikan isteri ingatkan saya bahawa saya bukan lagi di set penggambaran.

“Membuatkan saya sedar bahawa ada satu ‘benda’ yang ikut saya balik iaitu karakter Feroz. Saya masuk karakter selepas saya hisap rokok dan kemudian tergelak. Seminggu juga saya ambil masa nak hilangkan karakter Feroz dalam diri,” kongsinya.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.