Warga emas berlinang air mata Rumah hanyut tinggal tangga, Ebit Lew tampil beri bantuan

Ketika banjir besar yang melanda sesetengah kawasan di Selangor tempoh hari, ada satu rumah kampung yang tular di media sosial apabila hanya tinggal tangga sahaja kerana dibadai arus deras.

Rumah yang terletak di Hulu Langat milik Rohana Mahfuz 76 telah hanyut dan hanya tinggal tapak sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Hampir sebulan makcik Rohana menanti bantuan agar mendapat semula rumahnya yang hilang namun masih lagi belum ada sebaran khabar diterima memandangkan dia sendiri agak kurang mahir berurusan dengan pihak-pihak tertentu bagi memperoleh semula kediamannya.

Walau bagaimanapun, berkat tularnya berita itu, Makcik Rohana telah dikunjungi aktivis kemasyarakatan terkenal, Ebit Lew yang sudi memberikan bantuan dengan berhasrat membina semula rumah buat warga emas itu.

Hal tersebut dikongsikan Ebit sendiri di media sosialnya dengan berkongsi maklumat yang rumah tersebut dibina tanpa sebarang modal dari Makcik Rohana.

Dapat dilihat warga emas itu menitiskan air mata kerana bantuan yang dinanti akhirnya kunjung tiba memandangkan dia tidak mempunyai suami serta anak-anak untuk membantunya memperolehi rumah tersebut.

Mujur masih ada adik-beradik serta saudara mara yang prihatin dengan nasibnya yang diuji dengan bencana banjir tempoh hari. Dalam kenyataan Ebit Lew lagi, dia memaklumkan yang sudah pun menghubungi kontraktor dan berbincang berkenaan plan rumah yang akan dibina di tapak rumah Makcik Rohana itu.

Terdahulu, rumah warga emas berkenaan viral apabila ada pihak memuat naik gambar sebelum serta sesudah banjir menerpa rumah kampung itu sehingga hanya tinggal tangga sahaja.

Hal tersebut membuatkan ramai yang sayu hati berikutan sosok tua berkenaan hanya mampu duduk ditangga rumahnya yang telah hilang seusai banjir surut untuk melihat kerosakan yang telah dialami.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: FB Ebit Lew, Instagram Ebit Lewv

Sumber: Apakes

Leave a Reply

Your email address will not be published.