Netizen Terkejut tengok hasil duit peminta sedekah warga asing, “Bila disuruh syahadah dia geleng kepala”

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan telah merujuk ke$ peminta sedekah warga Kemboja yang tular di laman Facebook selepas dikatakan mampu meraih pendapatan mencecah RM2,300 sehari di pasar malam di sekitar daerah ini.

Pengarah JKM Negeri Sembilan, Rosnah Sardi berkata, pihaknya telah menyiasat kejadian tersebut dan ia berlaku di Pasar Malam Ampangan di sini pada 25 Januari lalu.

Menurutnya, tinjauan yang dilakukan oleh Unit Penguatkuasa, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Se

remban mendapati dua wanita warga asing berusia 40 dan 35 tahun sedang mengemis.

“Mereka membawa anak berusia dua tahun. Siasatan mendapati mereka tinggal di Sungai Buloh, Selangor dan menaiki teksi untuk mengemis di Ampangan.

“Kes ini dirujuk kepada Jabatan Imigresen. JKM juga telah menjelaskan kepada kedua-dua peminta sedekah tersebut bahawa perbuatan mengemis adalah salah di sisi undang-undang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rosnah berkata, pihaknya juga berdepan kesukaran untuk menyiasat lebih lanjut mengenai latar belakang peminta sedekah termasuk pendapatan daripada aktiviti salah berkenaan diseb4bkan m4salah bahasa.

“JKM sudah memaklumkan kepada Jabatan Imigresen dan pihak berkenaan akan mengambil tind4kan bersesuaian,” katanya.

Semalam Kosmo Online melaporkan modus operandi digunakan seorang wanita warga asing dengan menjadikan sehelai tudung sebagai ‘modal’ meraih simpati orang ramai diihat membuahkan hasil apabila pendapatan diraihnya melebihi gaji seorang pegawai kerajaan.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: -K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.