Abang Kopiah Tunjuk Lagak S4mseng, Tahan Kereta Ajak Gadvh, “Dahlah Bod*h P4ncung, Lepas Tu Koyak”

Biarpun kita sudah mematuhi peraturan ketika memandu, pasti ada segelintir pemandu yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan dengan mel4nggar peraturan yang sedia ada.

Terbaharu, tular sebuah video di Twitter dimana ia memaparkan seorang pemandu Proton Perdana menunjukkan lagak ‘g4ngster’ nya di atas jalan raya apabila gagal memotong barisan di satu lorong di kawasan Setia Taipan.

Kerana tidak berpuas hati gagal memotong barisan, individu terbabit mengejar dan menghalang laluan pemilik kereta yang merakam kejadian menggunakan dashcamnya di kawasan perumahan untuk menghantar rakan pulang.

Melihat dari video yang dimuat naik, lelaki berkopiah hitam itu turun dari kereta dengan tidak memakai pelitup muka dan berjalan seakan-akan ‘s4mseng’ menghampiri kereta pemilik dashcam terbabit.

Walau bagaimanapun, individu lelaki itu melarikan diri selepas mengetahui pemilik dashcam akan ke balai p0lis bagi menunjukkan bukti kes4lahan pemandu Proton Perdana yang dirakamkan dengan kamera hadapan dan belakang kereta.

Difahamkan melalui ruangan komen, mendapati kenderaan tersebut mempunyai 38 saman yang bernilai RM8,150 dan rata-rata warganet meminta agar pihak berkuasa mengambil tind4kan tegas terhadap pemandu itu.

Kredit: Twitter @vicensolorenzo

Sumber: Oh media

Leave a Reply

Your email address will not be published.