Krew Dedah Rutin Aliff Aziz, Imamkan Solat Sebelum Pertandingan Bermula

Ahad lalu, program realiti Gegar Vaganza musim kelapan melabuhkan tirai apabila Aliff Aziz dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang wang tunai RM100,000.

Sedang hangat diperkatakan mengenai kemenangannya itu, tular video dikongsikan oleh seorang pengguna di aplikasi TikTok dipercayai krew produksi program berkenaan.

Video tersebut memaparkan penyanyi berasal dari Singapura itu sedang mengimamkan solat secara berjemaah. Dapat dilihat selain tiga orang jemaah lelaki, turut kelihatan seorang wanita dipercayai isterinya, Bella Astillah.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meninggalkan komen positif dengan tind4kan Aliff itu yang tidak lupa menunaikan kewajipan walau dimana jua berada.

Malah, ramai yang mengagumi dengan perubahan Aliff meskipun sebelum ini terpalit dengan pelbagai kontroversi namun hidayah itu milik Allah.

Kata netizen lagi, sebelum ini Allah beri satu demi ujian dan banyak kali penyanyi itu jatuh bangun namun akhirnya kini menjadi menjadi lebih baik.

Terdahulu, Aliff berkata dia mungkin akan menggunakan wang kemenangan tersebut untuk aktiviti dakwahnya. Katanya lagi, dia masih belum berfikir lagi dengan apa yang akan dilakukan dengan wang tersebut namun sudah tentu akan digunakan untuk perkara yang baik-baik.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

SUMBER: Rotikaya

SUMBER:  OHMYMEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published.