“Bayi asyik men4ngis je, sampai dua jam”, Wawa & Aeril Tukar Nama Anak Bongsu

Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal nekad menukar nama anak bongsu mereka dari Jibril Ibtisan kepada Muhammad Fahri.

Menurut Wawa, keputusan itu dibuat berikutan anak lelakinya itu mengalami keadaan bayi kolik hampir setiap hari selepas dilahirkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

“Nama anak pertama dan kedua, Aeril yang pilih tapi kedua-duanya asyik nangis. Yang ketiga saya namakan, okay pula anak tu.

“Anak keempat ini, Aeril namakan tapi meragam juga. Bayi asyik men4ngis je, sampai dua jam. Orang panggil bayi kolik,” katanya.

Kata Wawa lagi, dia mengetahui nama anaknya itu ditukar kepada Muhammad Fahri selepas mendapat panggilan daripada pusat akikah.

“Tiba-tiba saya dapat notifikasi daripada pusat akikah mengatakan Muhammad Fahri dah selamat diakikahkan.

“Kiranya dua kali kami buat akikah untuk anak keempat ini. Aeril betul-betul ambil serius, dia terus tukar nama,” katanya.

Terdahulu, Wawa selamat melahirkan anak keempat pada 30 November lalu. Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata Ahmad Fakhruddin Attar,8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa,6, dan Ayya Soffya kini berusia dua.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

SUMBER:  ASTRO GEMPAK

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.