Fazley Selar Netizen Pertikai Aliff Aziz Juara GV8, “Kutuk Dan Keji Tanpa Ada Rasa Segan”

Di pentas akhir Gegar Vaganza musim ke-8 malam tadi, penyanyi Aliff Aziz dinobatkan sebagai juara menjadikan Nikki Palikat di tangga kedua. Manakala Suki Low ditangga ketiga.

Aliff menewaskan peserta lain menerusi persembahan lagu Sampai Syurga nyanyian solo, Dealove duet bersama Hafiz Suip dan battle lagu Bangun bersama Aweera.

Tapi kemenangan itu nampaknya menjadi pertikaian netizen. Ada pula yang berpendapat Aliff sering kali mendapat lagu ‘makanan’ dan kurang mencabar. Eh yeke?

 

Di Instagram, Dato’ Fazley yang merupakan salah seorang peserta GV8 menyelar netizen yang disifatkannya sebagai ‘hati hitam’.

Buat kalian yang sibuk-sibukkan “Kenapa orang #singapore yang menang? Sebab @tokram_ramlims orang singapore maka dia menangkan orang singapore!!” Cubalah bersangka baik, just this once! Rezeki semua Allah dah tentukan.

Kata Fazley, rezeki yang ditentukan Allah SWT tidak pernah salah alamat. Dia sendiri melihat bagaimana isterinya, Bella Astillah berkorban segalanya demi kejayaan Aliff.

Rezeki tak pernah salah alamat, namun mereka yang berhati hitam seringkali merasa mereka lebih layak mengvtuk dan mengeji tanpa ada rasa segan.

Di kesempatan itu, Fazley berterima kasih kepada netizen yang beri ‘pahala’ percuma apabila mengutuknya sepanjang berada di Gegar Vaganza.

Perkongsian penuh:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Kredit: Instagram Fazley Yaakob

Sumber: Oh media

Leave a Reply

Your email address will not be published.