Video Viral Kisah Rider Bawa Anak OKU Hantar Makanan, Ebit Lew Tampil Bantu

Terdahulu, viral di media sosial kisah seorang penghantar makanan yang terpaksa membawa anak ketika bekerja. Menerusi video itu, Puan Azimah dilihat menggendong anak yang kurang upaya cacat penglihatan menggunakan baby carrier.

Prihatin dengan kesusahan yang ditanggung Azimah, penceramah bebas Ustaz Ebit Lew tampil membantunya. Difahamkan Azimah ada memohon rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat) tapi rezeki belum berpihak kepadanya.

Motor pun masih berhutang. Syukur pada Allah. Kami dapat carikan rumah buat akak ni. Tak perlu bayar kerana kami akan bayarkan.

Selain rumah sewa, Ebit Lew membelikan Azimah dan anak baju raya beserta barang keperluan rumah seperti peti ais, mesin basuh, periuk nasi elektrik, almari dan tilam.

Ebit Lew bantu cari rumah sewa, tanpa bayaran

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Tambah beliau lagi, ketika berjumpa, si kecil itu kelihatan sangat aktif dan manja. Jelas Azimah mereka memang rapat dan akan berdua ke mana-mana.

Memetik laporan mStar, anak Azimah telah disahkan cacat penglihatan sejak lahir. Dia terpaksa membawa anak semasa bekerja kerana tiada pengasuh yang sanggup menjaganya.

Anaknya terlalu aktif menyeb4bkan pengasuh tidak mampu bertahan lama.

Video viral:

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: Oh media

Kredit: Instagram Ebit Lew | mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.