(VIDEO) Anak ‘selamba’ jalan pakai topeng buatan sendiri keluar sekolah, Buat Netizen Terhibur

Dalam mengajar kanak-kanak di peringkat sekolah rendah, pastinya pelbagai pendekatan yang kreatif akan dilakukan oleh guru bagi menarik minat mereka untuk belajar dan memahami sesuatu subjek.

Antara subjek yang sering dilakukan menggunakan daya kreativiti dan inovatif adalah Pendidikan Seni.

Menerusi perkongsian video oleh @aiqanzainuddin di media sosial, wanita tersebut terhibur melihat perangai anaknya yang memakai topeng selepas pulang dari sekolah.

Rakaman tersebut memaparkan situasi di mana wanita itu ingin turun dari kereta untuk menjemput anaknya di pintu masuk sekolah, namun gelagat anaknya itu telah membuatkan si ibu tergelak sendirian.

Kemudian, wanita itu tidak jadi keluar kereta selepas melihat kanak-kanak itu memakai topeng buatan sendiri sebaik saja keluar dari perkarangan sekolah.

Apabila ditanya, anaknya memaklumkan topeng itu adalah hasil daripada pembelajaran di kelas melalui subjek Pendidikan Seni.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai turut merasa terhibur dan memberikan reaksi mereka masing-masing mengenainya.

“Dia bangga nak tunjuk pada mama hasil kerja dia itu,” kata Hajar Akma.

“Pelitup muka terbaru versi 2022, semua patut guna,” kata Reyhan.

Selain itu, seorang lagi pengguna turut berkongsi pengalaman anaknya yang perlu menghasilkan topeng pisang bagi subjek Pendidik Seni di sekolah.

“Berdekah aku gelak, tapi memang ada subjek seperti ini, anak saya sebelum ini perlu buat topeng pisang, dia pun pakai macam ini semasa keluar dari sekolah,” ujar Umi Harmi Yati.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.