(VIDEO) Tengah Seronok Bergambar di Lebuh Raya Viral Bukit Kukus Tiba-tiba Ramai Lari Rupa-rupanya…

Pada 13 Januari lalu, Lebuh Raya Bukit Kukus di Pulau Pinang telah dibuka secara rasmi kepada orang awam. Diisytiharkan sebagai lebuh raya tertinggi di Malaysia, ianya memiliki ketinggian 60 meter dan lebih tinggi daripada Rawang Bypass yang berketinggian 58.2 meter.

Sejak mula dibuka, orang ramai dilihat membanjiri kawasan itu untuk mengambil foto kenang-kenangan. Namun apa yang merisaukan ada segelintir yang memberhentikan kenderaan mereka di laluan kecemasan sehingga menyeb4bkan kesesakan.

Tind4kan ini sekaligus mengvndang bah4ya kepada pengguna lebuh raya tersebut. Seperti perkongsian pengguna TikTok @nornabillaidzhar ini, orang awam yang berhenti dilihat mula meninggalkan kawasan itu selepas pihak peronda membunyikan siren.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen beranggapan bahawa mereka yang memberhentikan kenderaan di lebuh raya itu menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Ada yang berpendapat pihak berkuasa wajar mengenakan s4man kepada pemandu yang sewenangnya berhenti di lorong kecemasan.

Sekadar info, Lebuhraya Bukit Kukus itu telah menelan kos pembinaan sebanyak RM 545.6 juta dan menghubungkan lalu lintas tiga laluan utama dari Paya Terubong – Bukit Jambul dan Balik Pulau – Jalan Tun Sardon.
Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Kredit: TikTok @nornabillaidzhar_

Sumber: Oh media

Leave a Reply

Your email address will not be published.