“Jangan Makin Cantik Sangat”, Shuk Sahar Takut isteri Dikebas orang

Rumah tangga pelawak Shuk Sahar sering menjadi perhatian ramai apabila isterinya, Rossa Serra sering berkongikan luahan hati serta mendedahkan wujudnya orang ketiga.

Sejak minggu lalu, penampilan Serra menjadi perhatian ramai apabila dilihat tampil langsing selepas berjaya menurunkan berat badan lebih 10 kilogram.

Terbaru, perkongsian Serra di Insta Story mencetus tanda tanya apabila Serra dilihat sempat mengucapkan terima kasih kepada Shuk berserta emoji love serta mengatakan anak-anak mereka turut gembira.

Sementara itu, Serra turut berkongsikan beberapa paparan mesej daripada seorang individu dipercayai daripada suaminya.

Mesej tersebut seolah memberi gambaran individu tersebut memohon maaf di atas apa yang terjadi serta meminta peluang untuk bersatu semula.

Dalam pada itu, individu berkenaan turut memintanya supaya tidak terlalu cantik sangat serta tidak melayan mesej di Instagram daripada orang yang tidak dikenali.

November tahun lalu, Serra mendedahkan sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan kini dalam proses untuk failkan cer4i selepas lima tahun berdepan konfIik rumah tangga.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

SUMBER: OH BULAN

SUMBER: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.