Terpaksa duduk dibawah jambatan LRT kerana telah dihalau tuan rumah kerana tidak mampu nak membayar sewa rumah..

Kehidupan sepasang suami isteri yang tular berikutan menjadikan kawasan landasan transit aliran ringan (LRT) di sini sebagai tempat berteduh mendapat perhatian kerajaan apabila akan dipindahkan ke lokasi lebih selesa.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, pihaknya telah menggerakkan satu pasukan untuk menemui pasangan itu semalam sejurus mendapat maklumat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Setelah dapat maklumat daripada PM semalam, saya kerahkan pasukan wilayah pergi mencari kawan yang tidur bawah jambatan. Rupanya pasukan lain pun ramai ke sana termasuk Baitulmal dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ada menawarkan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) serta peluang berniaga di sekitar ibu negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook tadi.

Bagaimanapun, katanya, keluarga terbabit memilih untuk menyewa di Kapar dan kos sewaan itu diuruskan oleh pihak Baitulmal.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook berkongsi mengenai kehidupan seorang lelaki dikenali sebagai Kasturi yang tinggal di bawah jambatan LRT di Taman Aman, Petaling Jaya kerana dia tidak mampu membayar sewa selepas diberhentikan kerja.

Lebih menyedikan, isterinya yang s4kit juga tidak dapat meneruskan rawatan di hospital kerana mengalami masalah kewangan.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Sumber: –K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.