“Doa anak ingin lihat saya sihat termakbul” -Elyana

“Anak selalu harapkan saya menjadi ibu normal seperti orang lain yang tidak s4kit dan menemani dia ke mana sahaja.”

Demikian perkongsian penyanyi Elyana, 34, mengenai impian anak sulungnya, Cinta Sumayyah.

Remaja berusia 12 itu sentiasa mengharap ibunya yang digelar bonda itu sentiasa sihat dan menjalani rutin seperti wanita normal lain.

“Dialah yang selalu berharap agar saya menjadi ibu normal seperti ibu rakan-rakannya.

“Seorang ibu yang tidak sakit, akan teman dia berenang dan lakukan semua aktiviti bersama-sama. Inilah yang anak-anak saya nantikan selama ini,” katanya.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal berkata demikian ketika ditemui pada konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

Pada konsert separuh akhir malam tadi, Elyana merupakan antara penerima sumbangan Kongsi Rezeki berjumlah RM10,000 daripada penaja rasmi GV8, Farm Fresh.

Selain Elyana, beberapa bekas peserta GV lain iaitu Ashira, Bad Indigo, Ayai Ilusi, Roy dan wakil keluarga Allayarham Gmie Screen turut menerima sumbangan tersebut.

Berkongsi impiannya lagi, pelantun Niat itu juga mahu menjaga anaknya sehingga dewasa. Dia juga bersyukur Tuhan memakbulkan doanya untuk pulih daripada peny4kit k4nser.

“Saya selalu percaya apa yang kita fikir atau doa, kemungkinan akan terjadi.

“Disebabkan itu, saya memasang impian nak hidup lama untuk menemani anak-anak sehingga besar, sampailah ada yang mampu menjaganya seperti saya menjaga mereka sejak kecil. Itulah antara doa saya dan Allah SWT makbulkan.

“Selain itu, memberi inspirasi kepada semua individu yang sedang bert4rung nyawa juga antara hal yang ingin saya realisasikan. Saya nak mereka jadi kuat melawan kes4kitan,” katanya lagi.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Diriku Tapak Sulaiman juga terasa erasa seperti dalam mimpi sejak doktor memaklumkan dirinya sudah bebas daripada k4nser yang dihidapi sejak 10 tahun lalu.

“Sampai sekarang rasa seperti mimpi, apa yang saya doakan sudah berlaku akhirnya.

“Kini, barulah saya dapat rasa dan percaya frasa ‘sabarlah setiap ujian pasti akan ada pelangi di hadapan’.

“Kini perkara tersebut benar-benar berlaku dan inilah yang pelangi yang saya nanti-nantikan selepas 10 tahun bertarung dengan kanser,” tuturnya.

Biarpun disahkan telah bebas k4nser, Elyana masih berbaki empat lagi sesi kimoterapi.

“Saya masih ada lagi empat sesi dan seterusnya pada Februari nanti.

Doktor juga rancang nak lakukan prosedur transplan tetapi kosnya sangat besar dan insuran saya juga semakin lama semakin surut sebab sudah 10 tahun.

“Jadi, harapnya selepas habis kim0terapi tak perlu buat transplan. Sekarang amalkan pengambilan suplemen (makanan tambahan) dan vitamin yang menurut pakar memang elok dan sesuai dengan kesihatan,” ujarnya lagi.

Terdahulu, pada Disember 2021, pelakon Dunia Baru itu mengejvtkan ramai apabila mengesahkan dirinya bebas k4nser limfoma yang dideritai sejak 10 tahun lalu.

Dia pertama kali mengumumkan peny4kit tersebut selepas ters1ngkir daripada konsert GV4 sekitar 2017.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen like dan share!

Sumber: – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.