(VIDEO)Penduduk hairan, Air Sungai Sebulong Bertukar warna Biru!

Penduduk di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru terkejut melihat warna air Sungai Sebulong yang bertukar menjadi biru.

Menerusi akaun Facebook Izzah Razak, warna air sungai itu seperti dituang cat dan nampak men4kutkan kerana airnya berbuih seperti sabun.

Mungkin ada kandungan bahan k1mia

Air sungai yang bertukar warna biru itu dipercayai tercemar dan airnya yang berbuih itu ditakuti memiliki kandungan b4han k1mia.

Izzah menjelaskan bahawa dia selalu melawat ibu mertuanya di kawasan tersebut dan suka menyusuri sungai itu. Tetapi, apabila ternampak warna air sungai berwarna biru yang macam dituang cat itu membuatkan dirinya terkejut dan risau.

Izzah meluahkan rasa ser4m dan sed1h apabila sumber air tercemar macam tu sekali. Takut ada penduduk yang akan terkena dan memudaratkan kesihatan penduduk di kawasan tersebut kerana mereka tidak tahu kemana penghujung air tersebut.

Menerusi gambar yang dikongsikan itu, kita dapat lihat air sungai itu tidak berjalan dengan lancar kerana banyak sampah sarap yang tidak dibersihkan.

Izzah sed1h kerana bulan lepas ramai mangsa banjir susah untuk mendapatkan air bersih dan kali ini, sungai pula bertukar warna biru.

Menerusi Kosmo, perkongsian Izzah ini telah mendapat perhatian Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Saya telah ditag oleh rakan netizen mengenai pencem4ran ‘sungai biru’ yang diadukan oleh saudari Izzah Razak.

Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor telah mula menjalankan siasatan. Alam sekitar tanggungjawab kita bersama, terima kasih atas keprihatinan.

Izzah telah mengucapkan terima kasih kepada Tuan Ibrahim kerana prihatin terhadap hantaran yang dikongsikannya.

Semoga negara dan penduduk Malaysia sentiasa dilindungi Allah dan semoga tiada perkara buruk berlaku pada masa akan datang. Banyak benc4na yang kita tempuhi tahun lepas dan semoga tahun 2022 ini keadaan Malaysia akan lebih baik.

Apa pendapat anda? jangan lupa komen dan share!

Kredit: Facebook | Kosmo

Sumber: Oh media

Leave a Reply

Your email address will not be published.