Netizen Bergenang Air Mata Tengok Video Rider Bawa Bayi

Tular di media sosial, video seorang rider Food Panda membawa anaknya ketika mencari rezeki. Video yang di muat naik di TikTok @mamayayahumarsoleh telah membuatkan netizen bergenang air mata melihat kesanggupan seorang ibu mencari rezeki demi anaknya.

Menerusi video yang dikongsikan itu, menurut pemilik video, anak kepada wanita itu mengalami masalah penglihatan. Wanita tersebut terpaksa membawa anaknya yang berumur sekitar dua tahun itu demi mencari sesuap nasi.

Ramai netizen yang memberi komen sed1h melihat nasib dan pengorbanan wanita itu terhadap anaknya. Walaupun ia bukan pekerjaan yang mudah, namun dia tetap berusaha meneruskan kehidupannya demi anaknya.

Ramai yang mendoakan kesejahteraan wanita tersebut dan ada yang mengatakan wanita ini duduk di Apartment Abdullah Hukum Blok 88.

Video ini difahamkan dirakam di Petronas Bangsar yang memiliki kedai Food Panda di sebelah stesen minyak tersebut.

Rata-rata netizen sedih melihat video yang dikongsikan itu dan mengatakan kasih ibu bawa ke syurga. Seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja demi seorang anak.

Kalau kita rasa hidup kita ni dah susah, percayalah, ada orang di luar sana yang lagi susah dari kita. Jadi, apa yang kita boleh buat hanyalah bersyukur dengan semua rezeki yang Allah beri pada kita.

Semoga Allah luaskan dan murahkan rezeki kakak rider ini dan beri keselamatan serta perlindungan buat dia dan anaknya. Ingat, bukan senang nak senang!.

Apa pendapat anda? jangan  lupa komen dan share!

Kredit: Tiktok

Sumber: Oh media

Leave a Reply

Your email address will not be published.